Friday, August 13, 2010

jgn naik harga makanan di bln Ramadhan..

Perdana Menteri Malaysia-DatukSeri Najib Razak mengingatkan supaya rakyat Malysia berbelanja dgn berhemah..Para peniaga juga dinasihatkan supaya tidak menaikkan harga brg/makanan dgn sewenang2nya kerana beliau risau kepada mereka yg berpendapatan rendah akan terbeban dgn persiapan aidil fitri dan sebagainya..
Tp pedulik apa,para peniaga tetap jual dgn harga yg mencekik darah..kuih seringgit 3 biji juga tetapi saiznya sudah agak kecil..
Sekadar peringatan je,kita boleh dgr je..Tp di mana tindakannya..Kdg2  naik muak dgr para pemimpin konon prihatin kpd rakyat tetapi kebanyakannya 'cakap tak serupa bikin..'

Tuesday, August 10, 2010

sayang Blackberry ke sayang Negara??

saya terbaca ttg berita mengatakan Negara Dubai ngn Algeria akan mengharamkan penggunaan hp pintar Blackberry kerana didapati mengancam keselamatan negara.
Hal ini berlaku kerana kerajaan mereka peka dan sentiasa memantau apa sahaja web yg rakyatnya layari kerana Blackberry mempunyai server tersendiri yg tidak boleh dihack/ceroboh oleh sesiapa berbanding handphone2 lain.
Apa-apa rahsia contohnya sprti komunikasi dgn pengganas/terrorist atau pengebom berani mati akan mengancam keselamatan negara..huhuu
SEtakat ni Malaysia tidak bunyi lagi utk mengharamkan penggunaan hp Blackberry...Tp,mungkin suatu hari nanti....heheh

So,anda sayang Blacberry atau sayang negara??

Saturday, August 7, 2010

sekolah hamil luar nikah


'TERUJA' bila aku terbaca ttg cadangan Ketua Puteri UMNO  Melaka utk mewujudkan sekolah khas utk pelajar hamil..kalau dah kata pelajar,konfem lah budak bawah umur...kalu dah nama budak bawah umur,konfemlah lum nikah..huhuhu so,sesuailah nama sekolah tu,Sekolah Khas Hamil Luar Nikah....
Peluang Kedua?! Syok siot..makin ramailah anakremaja berseronok2 dgn pacar masing-masing hingga mengandung kemudian daftar je kat sekolah khas ni...selamat...
Pasni bila bertambah kes rempit,drug abuse dan jenayah-jenayah lain,tubuhkanlah SEkolah Perempit,Sekolah Pencuri/Perompak dan Sekolah Mat Gian...?!

manusia daripada Adam...


Adam diciptakan oleh Allah dari segumpal tanah liat yg kering dan lumpur hitam. Setelah sempurna bentuknya,ditiupkan roh sehingga ia dpt bergerak dan menjadi manusia yg sempurna.
Kemudian Allah meyakinkan para malaikat terhadap Adam dgn menganugerahkan pengetahuan yg luas..Maka diajarkan kpd Adam nama-nama benda yg ada di alam semesta yg kemudian diperagakan di hadapan malaikat. Para malaikat tidak sanggup menjawab dan mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui apapun kecuali apa yg diajarkanNya.. Adam diperintahkan oleh Allah utk memberitahu nama-nama benda itu kpd para malaikat.
Pada mulanya Nabi Adam as dan Siti Hawa ditempatkan di syurga kerana terpedaya dgn hasutan iblis utk melanggar perintah Allah.Adam diturunkan di bumi bkn krn mengingkari ketentuan tetapi Allah berkehendak utk menunjukkan bahawa Adam sebagai Khalifah yg hidup di muka bumi dengan berlandaskan KitabNya...
Maka turunlah mereka berdua ke bumi dan mempelajari cara hidup baru yg jauh berbeza dgn kehidupan di syurga..
Mereka menempuh kehidupan dgn berbagai suka duka sambil meneruskan keturunan yg beraneka ragam bentuknya sehingga smpai ke generasi kita...
Jadi,siapakah kita???dimanakah kita??dan apakah panduan hidup kita??
 
Copyright (c) 2010 Lidah tidak bertulang. Design by WPThemes Expert

Themes By Buy My Themes and Web Design.